Alam Perkahwinan Aku dan dia

Alam Perkahwinan Aku dan dia

Rabu, 27 Mac 2013

Slimming Treatment

Cerita ni bermula masa aku g baby fair kat PWTC bulan satu ari tu, aku dan cik abang aku tertarik plak dengan promosi satu spa ni yang aku gelarkan SS iaitu sesi massage body RM68, sememangnya dah lama aku idamkan...kemudian jurujual SS pun pukau kitaorang dengan slimming plak dengan harga RM38 shaja, jadi ambiklah kedu2dua pakej tu {huh memang tak kuat imanlah ni} sehinggalah hujung bulan 2 pihak SS ni asyik col aku untuk uat temujanji.

Sampai lah ke saat temujanji 15hb mac 2013 jam 6ptg, diorang ni betul2 prihatin, jam tepat kul 6ptg aku tak sampai lagi diorang col tanya aku kat mana lah kan, tapi aku pun bukan janji melayu, tepat kul 6ptg memang aku dah terpacak kat depan SS. Kemudian aku di jemput masuk ke sebuah bilik yang ada meja dan kerusi kemudian aku dihidangkan air teh berperisa halia, memang sedap lah kalo untuk orang yang banyak angin ni, memanng elok minum, sedap pon sodap airnya. Kemudian bermula lah sesi rundingan, nak tau ape yang dirunding nye, cm biasalah tektik niaga kan, di hasutnya aku suruh beli produk untuk lebih berkesananya slimming tu, jadinya aku ni pun elak-elak lah, cam2 alasan lah aku bagi, suami marah lah..ape lah...yang aku tak tahan tu, dia suruh aku col husband untuk dia setuju dengan beli produk dia, aku pun geleng kepala lah kan, akhirnya setelah setengah jam dia pujuk aku pun beli lah produk yang diperkatakan tu, asalnya RM400 dah jadi RM90, terpasaklah aku korek duit dalam dompet aku baki2 duit...mana yang adalah, duit singgit2 pun aku bagi jugak...tapi diorang nak jer, teruk tak teruk diorg ni sampai ke tahap tu....jadi dah selesai aku bg duit, bermulalah sesi slimming aku.


Aku pun diperkenalkan dengan "tukang urut", yang cam gambar di atas, tapi bukan orang ni lah, orang lain,aku pun tak tahu nak panggil nama ape diaorang ni... kemudian aku di bawa ke satu bilik di suruh tukar pakaian spa, ape lagi aku pun tukarlah, nasiblah semuanya kat situ semua nya pompuan kalo tak aku dah balik dah...
kemudiannya, bermulalah treatment slimming aku dengan rawatan pecah lemak pada tempat2 yang sepatutnya dengan sejenis alat yang boleh pecahkan lemak, kononya lah..alat tu lebih kurang cam "eximia".....nak tahu ape nye 'eximia' kome kajilah sendiri, sbb aku pun tak bape nak tahu sgt pasal tu.........
Sebelum tu diorang dah siap2 ukur badan aku, sebab selepas je treatment, diorang nak tengok hasilnya.....pecah ke tak lemak aku ni, sebelum tu plak tangan aku di rendam dengan sejenis cecair (aku pun tak tahu nak panggil ape) tapi tujuannya untuk melembut kan tangan, kononya lah....selepas 15minit sesi pecah lemak aku ni, pastu lak satu badan aku di sapu dengan sejenis cecair yang harganya RM90 sebotol, alahai botolnya ada lah sbesar lebih kurang 6cm...kocik kan.....tapi panas nya aduyai, cam kita sapu losyen mustajab tu, cam tulah lebih kurang kepanasan yang di alami...dah lah panas, pastu di selimut dengan selimut yang memanaskan badan, kononnya nak pecah lagi lemak tu dengan cepat...cepat lah sangat.....tuu takpelah lagi, lepas tu lak di sapunya scrub badan, part ni memang aku dah stress, mana tidaknya di sapu nya scrub satu badan cam asah kayu sampai lemput, gile ke ape pekerja ni, dia nak marah pekerja lain tapi pelanggan yang jadi mangsa tempat dia lepas kan kemarahan,ni nak keje tak.....memang aku tension giler, tak pe lagi aku bersabar lagi.......


Pastu lak kena masuk bilik aroma wap, hah bilik nya cam ni lah, tapi aku sorang je masuk, dia bukaknya paras wap sampai aku rasa nak pengsan tak boleh bernafas, tak sampai 5minit aku terus kuar dari bilik tu, pastu pekerja tu pun membebel tapi bukan membebel marah tapi bukan kat aku, dia marah kat pekerja lain........cam ne nak pecah lemak ni kalo rasa stress....lagi degillah lemak aku nak tanggal kalo gayanya camtu, emm...abis setakat tu jelah, ini yang pertama dan terakhir aku g..sumpah aku tak nak uat slimming cam tu, baik aku minum SD2 jer...senang, tak banyak kerenah.....

Takpelah kita tegok lak treatment seterusnya, massage body....jom...next...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...